Khasiat-khasiat Garam Buluh Yang Ditemui Oleh Saintis

kelebihan garam buluh

1.       Anti-alergik

Garam buluh boleh menghalang tindak balas alergik yang akut. Dengan meminum atau menyuntik garam buluh ke dalam tubuh badan, bengkak daripada tindak balas alergik disekat sebab garam buluh mengyehadkan pengeluaran histamin (Shin, Hey-Yong et.al., 2004).

2.       Anti-kanser
Garam buluh mempunyai kuasa anti-mutasi dan kuasa untuk mengehadkan pembentukan sel-sel barah di dalam tubuh badan (Hwang, Kyung-Mi, et. al., 2007; Park, Kun-Young et. Al., 2012)

3.       Anti-obesiti (turun berat badan)
Garam buluh bukan sahaja boleh mengurangkan berat badan tetapi juga boleh mengurangkan paras lemak dalam badan (Park, Kun-Young, et.al., 2013)

4.       Penjagaan Gigi
Saintis mendapati pesakit gigi yang berkumur dengan air garam buluh mempunyai gigi yang lebih keras dan kadar kehilangan mineral gigi yang lebih rendah berbanding dengan pesakit gigi yang menggunakan air kosong untuk berkumur (Min, B.S., et al., 1995)

5.       Anti-keradangan
Semua garam mempunyai fungsi anti-keradangan. Namun, berbanding dengan garam lain, garam buluh adalah lebih berkesan untuk mencegah dan mengubati penyakit-penyakit keradangan (Shin, Hye-Young, et.al., 2003)

6.       Anti bakteria Salmonella dan mengelakan keracunan makanan
Samonella merupakan bakteria yang sering dijumpa semasa keracunan makanan. Kami telah membuat kajian pada 20 jenis garam, cuma garam buluh mempunyai kesan anti bakteria Salmonella. Oleh itu, garam buluh boleh mengelakan keracunan disebabkan oleh bakteria Salmonella (Moon, JH, et.al., 2009)

7.       Meringankan kesan sampingan kemoterapi
Bahan kimia yang digunakan dalam kemoterapi mempunyai kesan sampingan seperti rambut gugur dan masalah pendengaran. Garam buluh boleh menghalang proses kematian sel-sel pada rambut dan telinga (Jeong, Hyun-Ja, et.al., 2011)

8.       Penjagaan Sistem Pendengaran
Magnesium yang terdapat dalam garam buluh boleh mencegah atau merawat kehilangan pendengaran yang disebabkan oleh suara bising (Jeong, Hyun-Ja, et. al., 2011).

9.       Merawat ulser perut
Garam buluh membantu pengeluaran hydrogen sulfide yang bertindak sebagai pemancar seperti NO dan CO yang mempunyai fungsi anti-keradangan, anti-hypertensi dan memperbaiki sensitiviti insulin (Saroraya, Chanmuang, et. al., 2011).

10.   Kencing Manis
Garam buluh boleh membantu kencing manis secara berkesan dengan menguatkan ketahanan paras gula dalam tisu badan dan menambah penggunaan gula dalam darah oleh otot-otot (Saroraya, Chanmuang, et.al., 2011).

11.   Rawatan kepada arthritis
Garam buluh melegakan arthritis apabila digunakan bersama terapi akupunktur (Xu, Kai-Sheng, 2009). Kandungan magnesium garam buluh adalah lebih tinggi daripada Garam Epsom dan Garam Laut Mati, ini merupakan salah satu punca bahawa garam buluh boleh melegakan kesakitan arthritis pada sendi-sendi dan otot-otot.

12.   Merawat Sakit Kerongkong
Garam buluh merupakan agen anti-keradangan yang boleh mengurangkan keradangan kerongkong dan mengurangkan kesakitan akibat daripada sakit kerongkong (Choi, CH, et. al., 2012).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *