Jenis Garam Yang Terdapat di Pasaran

garamb
Kami telah memahami kepentingan garam untuk kesihatan, marilah kami berbincang pelbagai jenis garam yang terdapat di pasaran:

Picture

Garam Biasa: Garam ini dijual di semua pasaraya. Ia diproses dengan cara pengkukusan pada suhu 140ยฐC. Ia mengandungi kandungan NaCl (Natrium Klorida) atas 99.5% dan bahan kimia seperti anti-pembeku.

Picture

Garam Kosher: Ia adalah sama dengan garam biasa kecuali granul garam kosher adalah lebih besar dan kasar. Ia sering digunakan untuk penjerukan.

Picture

Garam Laut: Garam laut adalah lebih kasar berbanding dengan garam biasa. Garam laut mempunyai banyak mineral yang garam biasa kurang seperti kalsium, kalium, magnesium dan iodine. Oleh sebab itu, ramai orang mengamalkan garam laut dan bukannya garam biasa.

Picture

Garam Hitam: Kebanyakan garam hitam terdapat di pasaran India. Ia mempunyai rasa sulfur yang ketara dan selalu digunakan dalam perubatan Ayurveda.

Picture

Garam Bukit: Digunakan terutamanya untuk menjeruk daging dan ikan. Pada zaman dahulu, ia adalah penting untuk membuat ais krim. Ia juga digunakan untuk mengelakkan lalu lintas daripada pengumpulan ais pada musim sejuk.

Picture

Garam Himalaya: Sebenarnya adalah garam bukit dari Pakistan. Ia selalu digunakan pada produk mandi sebagai pelega alahan dan otot. Ia juga digunakan untuk membuat lampu garam sebagai pelega alahan semulajadi. Ramai orang percayai bahawa kristal lampu garam akan mengeluarkan ion negatif yang boleh menangkis alergen dari alam sekeliling.

Picture

Garam Epsom: Nama saintifik, Magnesium Sulfat. Digunakan terutamanya sebagai garam mandi untuk mengurangkan sakit otot. Selain itu, ia digunakan sebagai bahan dalam antasid dan julap dalam bidang farmasi. Ia juga digunakan sebagai agen menstabilkan irama denyutan jantung untuk pesakit serangan jantung; dan boleh melegakan serangan asma akut.

Picture

Garam Laut Mati: Garam laut yang diekstrak dari Laut Mati. Ia berlainan dengan garam biasa dan garam laut sebab ia mempunyai kandungan natrium klorida yang rendah. Garam ini digunakan terutamanya untuk tujuan mandi dan kecantikan. Menurut kajian sains, garam ini boleh merawat jerawat dan psoriasis secara berkesan kerana ia mengandungi kandungan magnesium yang tinggi, zat galian yang utama untuk mengurangkan keradangan. Selain itu, ia juga berkesan dalam merawat artritis dan melegakan tindak balas alahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *