Eksperimen Garam Buluh HK3

ekperimen garam buluh

Eksperimen Garam Buluh HK3

1) Eksperimen Anti-pengoksidaan
2) Eksperimen Klorin

Eksperimen Anti-Pengoksidaan

Sebelum kita tua, ramai orang teranggap badan akan sentiasa sihat. Sebenarnya, proses penuaan sedang mencuri kesihatan dan kecantikan manusia. Namun, proses penuaan ini tidak boleh dihentikan tanpa bahan atau makanan mempunyai kuasa anti-pengoksidaan.  Kuasa anti-pengoksidaan berkaitan dengan anti-penuaan atau awet muda sebab kuasa ini dapat membanteras radikal bebas. Dengan kuasa anti-pengoksidaan, kita sebenarnya menterbalikkan jam biologi dan mengunci diri kita dalam penampilan muda. Ujian berikut menunjukkan kuasa anti-pengoksidaan Garam Buluh HKIII.
Picture

1) Daripada kiri: Garam Buluh HK3, Garam Laut, Garam Biasa
Picture

2) Setiap bekas dimasukkan air dengan kepekatan 10%
Picture

3) Paku berkarat disediakan
Picture

4) Paku berkarat dimasukkan ke dalam tiap-tiap bekas
Picture

5) Selepas 15 minit, warna karat pada paku dalam bekas Garam Buluh HK3 berkurangan. Manakala pada bekas garam laut dan garam biasa menunjukkan bahan karat terlarut dalam air dan menjadikan air keruh.
Picture

6) Selepas 3 hari
Picture

7) Selepas 5 hari, warna karat pada paku dalam bekas garam buluh hk3 terhilang dan airnya masih jernih. Manakala bahan karat yang lekat pada paku di bekas garam laut dan bekas garam biasa telah menambah dan airnya kelihatan amat keruh.
Paku berkarat adalah hasil daripada proses pengoksidaan. Sama seperti proses penuaan, ia juga adalah satu proses pengoksidaan. Proses menghilangkan karat pada paku dalam bekas garam buluh hk3 menunjukkan garam buluh hk3 mempunyai kuasa anti-pengoksidaan atau anti-penuaan yang terbaik berbanding dengan garam laut dan garam biasa.

Eksperimen Klorin

Air minuman hari ini dicampur klorin untuk tujuan membasmi kuman dalam air. Namun, apabila klorin bertindak balas dengan bahan organik di dalam air, ianya akan menjadi sesuatu sebatian klorin yang boleh menyebabkan kanser seperti kanser pundi kencing dan kanser usus. Selain itu, ia juga menyebabkan masalah kehamilan yang buruk seperti keguguran, kecacatan kelahiran dan berat lahir yang rendah. Dalam ujian ini, kami menunjukkan keupayaan Garam Buluh HK3 untuk menguraikan sebatian klorin dan oleh itu melindungi kesihatan anda.
Picture

1) Kami menyediakan 3 bikar air minuman.
Picture

2) Bahan kimia, Tolidine dimasukkan ke dalam setiap bikar untuk mengesahkan kehadiran sebatian klorin. Perubahan warna (dari putih ke kuning) menunjukkan kehadiran sebatian klorin.
Picture

3) Ketiga-tiga bikar mengandungi sebatian klorin.
Picture

4) Garam Buluh HK3, garam laut dan garam biasa ditambah ke dalam bikar yang berbezaan dengan kepekatan 10%.
Picture

5) Sebatian klorin dikuraikan apabila Garam Buluh HK3 ditambah. Bikar Garam laut dan bikar garam biasa tiada perubahan.
Picture

6) Selepas 2 minit, sebatian klorin dikuraikan sepenuhnya oleh Garam Buluh HK3.
Cadangan untuk kehidupan harian:
Tambah secubit Garam Buluh HK3 dalam mana-mana minuman anda (contohnya kopi, teh, sup, air kosong …) untuk menguraikan sebatian klorin dalam minuman dan pada masa yang sama untuk menambah zat galian yang anda perlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *