Bagaimanakah Proses Pembuatan Garam Buluh HK3?

garam buluh hk3
Garam Buluh HK3 dihasilkan melalui cara pembuatan tradisional yang unik berdasarkan Teori Lima Unsur. Garam buluh telah biasa digunakan sebagai ubat alternatif penting untuk tujuan kesihatan umum dan penjagaan kulit di Korea selama 1300 tahun.

Bagaimanakah Proses Pembuatan Garam Buluh HK3?

Garam laut semulajadi yang diperolehi dari Pantai Barat Korea yang kaya dengan tenaga bio dimasukkan ke dalam batang buluh yang berusia 3 tahun keatas, kemudian ditutup mulut batang buluh dengan tanah liat merah yang terdapat di gunung pendalaman. Batang-batang buluh yang berisi tersebut dibakar selama 6 hingga 8 jam dengan menggunakan pokok pine dan minyak pokok pine sebagai bahan pembakaran untuk mencecak suhu pada 900-1500 Darjah Celsius. Proses pembakaran bersuhu tinggi ini menyingkirkan logam berat dalam garam laut. Selepas pembakaran, buluh menjadi serbuk dan batang garam buluh terbentuk. Batang garam buluh dikisar menjadi serbuk, dimasukkan dalam buluh baru lalu ditutup tanah liat dan proses pembakaran diulangi sebanyak 3, 6 atau 9 kali.

Khasiat Nutrisi Garam Buluh HK3

Menurut kajian sains, garam buluh mengandungi 70-80 jenis zat galianseperti kalsium, fosforus, magnesium, besi, mangan, tembaga,  kalium, zink dan sebagainya. Ini adalah sebab intipati buluh, tanah liat, pokok pine dan minyak pokok pine melarut lesap dalam garam buluh apabila proses pembakaran. Selain itu, garam buluh juga beralkali tinggi (pH10.44)bertenaga bio aura (sinar infra merah  gelombang jauh) dan mempunyai kuasa anti-pengoksidaan (ORP -426mV) dua kali ganda lebih tinggi daripada pengawet yang terbaik di dunia.

Kepentingan Garam Untuk Kesihatan

Kami diberitahu pengambilan garam yang tinggi merosakkan badan, namun, pemakanan tanpa garam adalah sama merosakkan. Sebab, garam adalah penting untuk homeostasis dalam tubuh badan. Ia memainkan peranan sebagai kenderaan untuk mengangkut khasiat masuk dan keluar daripada sel-sel badan. Selain itu, garam juga penting untuk menyah-hidrat badan. Itulah kenapa pengambilan air dan garam adalah penting selepas membuat senaman. Sama juga selepas kes-kes cirit-birit atau muntah yang serius, kami perlu mengambil air garam untuk memulihkan ketidakseimbangan zat elektrolit dalam badan. Tambahan pula, garam adalah penting untuk mengawal impuls saraf supaya otak anda dapat menghantar isyarat kepada otot dan jadikan anda boleh bergerak atas permintaan. Di samping itu, garam membantu lapisan saluran darah mengawal tekanan darah. Pendek kata, fungsi badan tertutup sekiranya kita menghapuskan garam dalam pemakanan seharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *