13 Punca Kencing Manis Atau Diabetes Yang Ramai Tak Tahu

IMG_0653

Assalamualaikum Dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Kita sering berpendapat punca utama kencing manis adalah disebabkan berat badan berlebihan atau faktor keturunan. Sebenarnya, terdapat 13 punca utama penyakit kencing manis yang menyebabkan ia semakin menular. Teruskan membaca kerana mungkin anda telah mengamalkan salah satu faktor yang boleh menyebabkan kencing manis.

Kebanyakan point ini saya dapatkan dari Buku Say No To Diabetes hasil tulisan Patrick Halford.

13 Punca Utama Anda Boleh Dapat Kencing Manis

1. Pengambilan gula dan makanan/minuman bergula yang tinggi

Memang tidak dapat dinafi pengambilan gula boleh menyebabkan penyakit diabetes. Namun begitu, ia tidak semestinya gula semata-mata. Ia juga termasuk madu, raisin, gula-gula, pastri, pisang, kurma dan anggur merah iaitu makanan yang mempunyai glisemik indeks yang tinggi. Semua makanan ini mengandungi gula yang dibebaskan dengan cepat di dalam darah. Ia dipanggil “fast-releasing”. Kebanyakkan minuman di pasaraya telah dimaniskan dengan menggunakan glukosa atau sirap jagung yang mempunyai fruktosa yang tinggi. Bukan lansung tak boleh ambil semua makanan ini, cuma jumlahnya perlu dipantau.

2. Pengambilan “refined carbs” yang banyak

Ini termasuk pengambilan roti, cereal, pastri, pasta dan beras putih yang banyak. Proses untuk mendapatkan “Refined carbs” telah mengurangkan mineral seperti kromium.

3. Tidak beraktivivti

Individu yang tidak aktif, tidak buat senaman berisiko untuk dapat berat berlebihan dan kencing manis.

4. Tekanan yang kronik dan masa tidur yang tidak cukup

Apabila kita tertekan atau stress, ia akan meningkatkan kortisol. Hal ini menyebabkan insulin tidak dapat digunakan di dalam badan.

5. Peningkatan saiz di bahagian tengah tubuh (pinggan dan perut)

Gula yang berlebihan dalam darah “dibuang” oleh insulin ke dalam hati, yang kemudian bertukar menjadi lemak. Lemak-lemak ini mudah disimpan di sekitar pertengahan. Jika anda dapati lilitan saiz pinggan anda semakin bertambah, ia menunjukkan petanda yang buruk.

6. Merokok

Orang yang merokok juga berisiko untuk mendapat diabetes

7. Tidak mengambil sayur dan buah yang mencukupi

Individu yang kurang mengambil sayur dan buah berisiko untuk dapat kencing manis.

8. Tidak mengambil ikan dalam pemakanan

Pengambilan ikan yang kurang menyebabkan kurang Omega 3 dalam tubuh. Ini kerana minyak ikan boleh mebantu untuk melindungi kita dari kencing manis

9. Tidak mengambil supplemen

Ramai yang menyangka pengambilan supplemen adalah membazir. Namun dalam buku Say No To kencing manis, mengatakan mengambilan supplemen mampu mengurangkan risiko kencing manis.

10. Pengambilan ubat-ubatan

Ramai yang tidak sedar, pengambilan ubatan-ubatan sebenarnya boleh meningkatkan risiko kencing manis. Ini termasuk “corticosteroid drugs”. Ubatan “Corticosteriod” biasanya untuk mengurangkan keradangan kerana ia berfungsi untuk mengurangkan bengkak pada laluan udara di paru-paru. Ubat ini selalunya diberi kepada pesakit asma dan arthritis. Pengambilan dalam tempoh yang panjang boleh menggangu keseimbangan hormon dan kortisol iaitu sejenis hormon adrenal yang mempunyai kaitan dengan kawalan gula dalam darah. Thiazide diuretic yang digunakan untuk tekanan darah tinggi juga meningkatkan risiko untuk dapat kencing manis

11. Sejarah keluarga

Jika ahli keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis, risiko anda untuk mempunyai kencing manis adalah tinggi. Jika ibu anda mempunyai diabetes type 2, anda mempunyai 40 % peluang untuk mempunyai kencing manis dan jika kedua-dua orang tua anda mempunyai diabetes, risiko anda adalah 80 %. Namun begitu penyakit kencing manis ini boleh berbalik, Maksudnya, boleh kembali normal semula

12. Umur

Tidak dapat dinafi, semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko untuk mendapat kencing manis. Namun, bukanlah kerana usia, anda mendapat kencing manis. Ini kerana orang muda pun ada yang dapat kencing manis.

13. Kerintangan insulin

Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadap insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan kencing Manis. Kesan dari rintangan insulin boleh menyumbang kepada “sindrom metabolik”. Sindrom metabolik ini adalah satu kluster yang hadir bersama dan meningkatkan risiko kencing manis juga masalah jantung dan strok.

Kesimpulannya, hidup dengan cara hidup yang sihat. Life is too short to waste time in this suffer diasease.

IMG_0653

Master Kamil Khan

(Pakar kinesiology &Β Rawatan Alternatif Islam )

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *